Central Spectrum dan Colform pacu pertumbuhan melalui perjanjian jual beli bernilai RM25.2 juta di Taman Perindustrian Pulau Indah

10 Okt 2025, 12:47 PM
Central Spectrum dan Colform pacu pertumbuhan melalui perjanjian jual beli bernilai RM25.2 juta di Taman Perindustrian Pulau Indah

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) dan Colform Sdn. Bhd. telah memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi perolehan sebidang tanah perindustrian seluas 7.31 ekar di Taman Perindustrian Pulau Indah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM25.2 juta.

Majlis pertukaran dokumen tersebut disempurnakan oleh Encik Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi Central Spectrum, dan Encik Kang Ket Hung, Pengarah Urusan Colform Sdn. Bhd. Pertukaran dokumen ini disaksikan oleh Y.B. Tuan Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, serta Encik Mohd Zapi Abdullah, Ketua Divisyen Tanah & Hartanah, Menteri Besar Selangor (Incorporation).

Majlis ini diadakan bersempena Ekspo Taman Pelaburan dan Taman Perindustrian Selangor (SPARK) 2025, yang merupakan salah satu acara utama dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 Ketua Pegawai Operasi CSSB, Encik Amran Abdul Wahab berkata: “Pemeterian SPA bersama Colform merupakan satu pencapaian penting bagi Taman Perindustrian Pulau Indah. Ia bukan sahaja memperkukuh keyakinan pelabur, malah membuktikan komitmen CSSB dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi mampan dan kemajuan sektor perindustrian di Selangor.”

Pengarah Urusan Colform Sdn. Bhd., Encik Kang Ket Hung turut menambah: “Taman Perindustrian Pulau Indah menjadi pilihan utama kerana lokasinya yang strategik, jaringan infrastruktur yang kukuh, serta rekod prestasi cemerlang sebagai hab perindustrian yang pesat membangun. Keunikan ini menjadikannya lokasi terbaik untuk peluasan operasi Colform ke Semenanjung Malaysia, dan kami yakin pelaburan ini akan memberi nilai jangka panjang yang signifikan.”

Pemeterian SPA ini mencerminkan keyakinan berterusan terhadap potensi Taman Perindustrian Pulau Indah. Ia bukan sekadar urus niaga tanah, tetapi pengiktirafan terhadap visi CSSB serta peranan utamanya sebagai pemaju perindustrian yang dipercayai di Selangor. Langkah ini turut mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Indah sebagai hab pelaburan global yang unggul dan berdaya saing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619