LRT laluan Ampang/Petaling Jaya alami gangguan teknikal

13 Okt 2025, 1:45 AM
LRT laluan Ampang/Petaling Jaya alami gangguan teknikal

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling sedang mengalami gangguan teknikal di antara Stesen Hang Tuah dengan Pudu.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali rel Rapid KL memaklumkan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Perkhidmatan tren alternatif yang diaktifkan melibatkan tren dari Sentul Timur yang akan berpatah balik di Pudu, tren dari Putra Heights dan Ampang akan berpatah balik di Chan Sow Lin dan tren perantara dari Chan Sow Lin ke Pudu,” menurut Rapid Rail menerusi kemas kini di Facebook.

Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua penumpang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619