AKPS tolak kemasukan 11 warga asing disyaki bukan pelancong tulen

13 Okt 2025, 1:42 AM
AKPS tolak kemasukan 11 warga asing disyaki bukan pelancong tulen

ALOR SETAR, 13 OKT: Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) melakukan penolakan masuk terhadap 11 warga asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin M Nasir berkata tindakan itu dilakukan selepas mereka didapati tidak memenuhi syarat kemasukan dan disyaki bukan pelancong tulen.

Katanya, mereka terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita warga India, dua lelaki warga Korea, seorang wanita Sri Lanka dan masing-masing seorang lelaki warga China dan Thailand berumur antara 20 hingga 30-an.

"Kesemua individu berkenaan telah diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan yang diambil itu menunjukkan komitmen berterusan AKPS dalam memastikan keselamatan dan integriti sempadan negara sentiasa terpelihara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619