Empat anggota polis ditahan di pusat hiburan positif dadah

12 Okt 2025, 11:35 AM
Empat anggota polis ditahan di pusat hiburan positif dadah

KUANTAN, 12 OKT: Empat anggota dan pegawai polis termasuk seorang wanita yang bertugas di Pahang, ditahan dan dipercayai positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata tangkapan berkenaan dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Saya sahkan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan empat individu terbabit masing-masing dua pegawai dan anggota berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu, dipercayai berada dalam satu bilik karaoke di premis berkenaan ketika serbuan dilakukan.

Difahamkan, kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan direkodkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619