Belanjawan 2026: Grab Malaysia sokong usaha perkasa rakyat dengan teknologi dan AI

11 Okt 2025, 12:54 AM
Belanjawan 2026: Grab Malaysia sokong usaha perkasa rakyat dengan teknologi dan AI

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Belanjawan 2026 sejajar dengan misi Grab Malaysia untuk memperkasakan rakyat dan mempertingkatkan perkhidmatan dalam landskap ekonomi yang dinamik.

Menurut syarikat penghantaran terkemuka negara itu, belanjawan ini menekankan pengukuhan tadbir urus sektor awam, pembangunan ekonomi lestari berteknologi tinggi, pertumbuhan inklusif, pembangunan bakat, serta sokongan kepada perniagaan kecil.

Pengarah Urusan Grab Malaysia Adelene Foo berkata syarikat terus meningkatkan pengalaman pengguna dan rakan kongsi melalui penyelesaian teknologi.

“Kami komited bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan industri untuk mempersiapkan negara menghadapi masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Grab Malaysia sedang memajukan penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara praktikal untuk memperbaiki pengalaman harian pemandu, rakan penghantaran, rakan peniaga, dan pengguna.

Ini termasuk penggunaan pemetaan hiper-lokal berasaskan AI, GrabMaps, bagi meningkatkan ketepatan alamat dan laluan; AI Driver Companion, ciri panduan pemandu untuk mencari permintaan dengan lebih cepat; serta AI Merchant Assistant, membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempercepat pertumbuhan dan operasi.

“Usaha ini selari dengan Belanjawan 2026 untuk mempercepatkan penggunaan AI dan mengukuhkan infrastruktur digital. Kami akan terus melabur dalam rakan kongsi dan produk supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menjana pendapatan dan bergerak yakin dalam ekonomi digital,”katanya.

Adelene berkata Grab Malaysia juga menyokong inisiatif seperti Budi Madani RON95 (BUDI95) untuk membantu pemandu e-hailing mengurus kos operasi harian.

Menurutnya syarikat itu menyediakan perlindungan insurans, akses PERKESO, alat keselamatan, serta manfaat harian termasuk pembiayaan dan penjimatan bahan api.

Selain itu, katanya program GrabAcademy dan kerjasama dengan GIATMARA membolehkan rakan pemandu dan penghantar memperoleh kemahiran baharu dalam keselamatan, alatan digital, dan latihan vokasional, seterusnya meningkatkan produktiviti dan daya tahan pendapatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619