RM2.2 bilion teruskan 43 projek RTB termasuk RTB Sungai Buloh Fasa 2

10 Okt 2025, 10:00 AM
RM2.2 bilion teruskan 43 projek RTB termasuk RTB Sungai Buloh Fasa 2

SHAH ALAM, 10 OKT: Sejumlah RM2.2 bilion diperuntuk bagi meneruskan pelaksanaan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan tinggi termasuk RTB Sungai Buloh Fasa 2.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RTB lain termasuk RTB Sungai Mengkibol, Mukim Kluang, Kluang dan RTB Sungai Chaah, Segamat di Johor serta RTB Sungai Temin/Bata, Kubang Pasu, Kedah.

“Selain itu, RTB Sungai Lenggeng, Seremban, RTB Sungai Gemencheh, Tampin, RTB Sungai Jimah Fasa 2 dan RTB Sungai Si Rusa, Port Dickson di Negeri Sembilan.

“Turut terlibat RTB Sungai Nyiur, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, RTB Sungai Trong, Larut, Matang Dan Selama, Perak serta RTB Sungai Buaya, Kuala Nerus dan RTB Anak Sungai Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu,” katanya.

Selain itu, kerja pencegahan lain turut dilaksanakan bagi mengelakkan bencana melibatkan lebih RM260 juta bagi mencegah, menyelenggara dan

membaiki cerun seluruh negara termasuk Jalan Persekutuan.

“Selain itu RM55 juta untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya ketika membentang Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619