Pesara 73 tahun putih mata, lebih RM5 juta lesap ditipu sindiket

9 Okt 2025, 2:24 PM
Pesara 73 tahun putih mata, lebih RM5 juta lesap ditipu sindiket

SHAH ALAM, 9 OKT: Seorang warga emas terpaksa menanggung kerugian lebih RM5 juta selepas menjadi mangsa penipuan telefon yang mendakwa dirinya terlibat dalam kes jenayah.

‎Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata mangsa yang merupakan pesara syarikat swasta berusia 73 tahun, pertama kali menerima panggilan pada bulan Mei daripada pihak yang mengaku sebagai National Anti Financial Crime Centre (NFCC) Putrajaya yang mengatakan mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

‎Beliau berkata panggilan lelaki warga tempatan itu kemudiannya disambung kepada seorang suspek lain yang mengaku sebagai pegawai kanan polis daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sarawak dan membuat dakwaan sama kepada mangsa dan dia perlu mengistiharkan harta dan simpanan miliknya.

“Pada sekitar bulan Jun 2025, mangsa diarahkan membuka empat akaun bank berbeza iaitu Affin Bank, Alliance Bank, AmBank dan Bank Simpanan Nasional. Setelah Itu, mangsa diarahkan untuk memasukkan wang simpanan mangsa ke dalam semua akaun tersebut.

“Mangsa seterusnya diarahkan untuk memasukkan semua kad ATM milik mangsa ke dalam satu sampul surat dan meninggalkan sampul surat tersebut di padang permainan di USJ 22/1. Mangsa juga turut diarahkan memberikan maklumat perbankan kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shazeli berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu, setelah beliau memaklumkan perkara tersebut kepada anaknya dan diberitahu bahawa ia adalah penipuan dengan mangsa mengalami kerugian dengan jumlah keseluruhan RM5,996,586.51.

‎Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619