Siaran Langsung: Keselamatan, kebajikan rakyat jadi keutamaan kerajaan

7 Okt 2025, 3:38 PM
Siaran Langsung: Keselamatan, kebajikan rakyat jadi keutamaan kerajaan
Siaran Langsung: Keselamatan, kebajikan rakyat jadi keutamaan kerajaan
Siaran Langsung: Keselamatan, kebajikan rakyat jadi keutamaan kerajaan
Siaran Langsung: Keselamatan, kebajikan rakyat jadi keutamaan kerajaan
Siaran Langsung: Keselamatan, kebajikan rakyat jadi keutamaan kerajaan

SEPANG, 7 OKT: Seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba jam 9.50 malam ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Luar Negeri, Zul Izwan Hamzah, ketibaan kumpulan sukarelawan itu akan turut disusuli sidang media Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Mereka (sukarelawan Malaysia) akan tiba di tanah air pada jam 9.50 malam ini dengan menaiki pesawat Emirates EK0342.

“Susulan itu, satu sidang media khas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual berlangsung pada 11 malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat khas kepada petugas media di KLIA Terminal 1, di sini, sebentar tadi.

12.05 pm: Kepulangan 23 rakyat Malaysia yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 disambut dengan penuh rasa syukur.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kejayaan itu membuktikan kerajaan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia menjadi keutamaan walau di mana mereka berada.

11.32 pm: Sukarelawan mula keluar Balai Ketibaan dan disambut meriah oleh mereka yang menanti ketibaan mereka.

10.32 pm: Pesawat yang membawa 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, sebentar tadi.

Laman web Flight Radar menunjukkan pesawat Emirates penerbangan EK342 selamat mendarat pada jam 10.07 malam.

Keluarga sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan GSF tiba di KLIA Terminal 1, kira-kira jam 9.45 malam.

Mereka yang menaiki bas khas kemudian dibawa ke Balai Ketibaan.

10:16 pm: Kepulangan wira flotilla amat dinanti oleh ahli keluarga, rakan serta ratusan orang awam yang turut hadir sebagai tanda sokongan kepada sukarelawan dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Antara yang hadir, Norhasleza Khasbullah, 45, yang mengakui sudah lama merancang dengan keluarga untuk menyambut kepulangan para sukarelawan.

“Mereka (sukarelawan Malaysia) adalah insan terpilih yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka demi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ini.

“Mereka bukan pergi berperang, namun, tindakan rejim Israel yang memberi layanan kepada setiap sukarelawan ketika dalam tahanan itu sangat zalim,” katanya kepada Media Selangor.

Dalam pada itu, Norhasleza turut menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam agar terus memboikot produk yang berkaitan dengan Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619