Gempa bumi di Filipina, lebih 155,000 keluarga terjejas

6 Okt 2025, 8:54 AM
Gempa bumi di Filipina, lebih 155,000 keluarga terjejas
Gempa bumi di Filipina, lebih 155,000 keluarga terjejas

MANILA, 6 OKT: Jumlah keluarga yang terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang menggegarkan Bogo City, Cebu dan kawasan berhampiran pada 30 Sept lepas, kini melebihi 155,000, menurut data rasmi kerajaan setakat Isnin, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam laporannya, Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) memaklumkan kesemua 155,094 keluarga terjejas atau 547,394 individu berasal dari Visayas Tengah.

NDRRMC turut melaporkan bahawa seramai 72 orang dilaporkan maut dan 559 yang lain cedera, dengan angka itu masih dalam proses pengesahan setakat laporan ini dikeluarkan.

NDRRMC masih belum mengeluarkan anggaran kerosakan infrastruktur dan pertanian akibat gempa bumi itu.

Mengenai bantuan kepada mangsa, agensi itu memaklumkan Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial (DSWD) telah menyalurkan bantuan makanan dan bukan makanan bernilai PHP93.52 juta, dengan 187,858 keluarga menerima pek makanan keluarga setakat 5 Okt.

-- BERNAMA-PNA

TAG: gempa bumi, Cebu, keluarga, terjejas, NDRRMC

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619