Banjir di Kedah: Balai Polis Langgar ditutup sementara

5 Okt 2025, 2:31 PM
Banjir di Kedah: Balai Polis Langgar ditutup sementara
Banjir di Kedah: Balai Polis Langgar ditutup sementara

ALOR SETAR, 5 OKT: Balai Polis Langgar, dekat sini tidak dapat beroperasi buat sementara waktu akibat banjir sejak semalam, kata Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah.

Beliau berkata Sistem Laporan Polis Bersepadu (IPRS) telah ditutup sementara kerana balai berkenaan digenangi air dan orang ramai boleh membuat laporan di balai polis lain yang berdekatan.

“Air naik secara mendadak akibat hujan lebat semalam dan pada 6 petang, air telah memenuhi kawasan balai dengan dianggarkan kedalaman air di dalam balai kira-kira 0.13 meter,” katanya kepada Bernama hari ini.

Adzli berkata selain terletak di kawasan rendah, kejadian berkenaan turut berpunca akibat masalah parit tersumbat dengan rumput serta sampah dan pihaknya telah menghubungi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan pembersihan di hadapan balai.

Sementara itu, beliau berkata segala dokumen dan aset penting tidak terjejas dalam kejadian itu kerana telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

“Di balai ini juga ada 10 unit berek dengan hanya lima unit di tingkat bawah dinaiki air sedikit tetapi mereka yang menetap di situ tidak berpindah,” katanya.

Petang tadi, Adzli meninjau keadaan Balai Polis Langgar yang ditenggelami banjir, selain menyantuni pegawai dan anggota yang bertugas di situ.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619