Bantuan ke Gaza jangka dipercepat selepas Hamas setuju pelan damai

4 Okt 2025, 12:27 PM
Bantuan ke Gaza jangka dipercepat selepas Hamas setuju pelan damai
Bantuan ke Gaza jangka dipercepat selepas Hamas setuju pelan damai

SEPANG, 4 OKT: Penghantaran bekalan makanan ke Palestin dijangka dapat dipercepat susulan persetujuan Hamas terhadap pelan damai bersyarat yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, kata Menteri Luar.

Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan persetujuan itu membuka ruang lebih luas bagi misi kemanusiaan masuk melalui sempadan Rafah dan King Hussein.

“Jika pintu sempadan ini dibuka, bantuan ke Gaza dan Tebing Barat dapat dihantar dengan lebih cepat serta teratur. Lebih baik kita berada di darat untuk menyertai misi kemanusiaan bersama negara lain,” katanya pada sidang media di Pusat Gerakan Operasi Sumud Flotilla (SNCC) hari ini.

Beliau turut menegaskan Wisma Putra sedia membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menghantar bantuan dengan berurusan terus bersama negara terlibat, khususnya Mesir dan Jordan.

Sementara itu, Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim memaklumkan pihaknya bersedia di koridor kemanusiaan Rafah bagi menunggu peluang meneruskan misi bantuan ke Gaza.

“Kita nampak potensi yang besar, ini sebahagian daripada objektif yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619