Murid meninggal dunia ketika kejohanan ragbi, KPM ucap takziah

4 Okt 2025, 3:26 AM
Murid meninggal dunia ketika kejohanan ragbi, KPM ucap takziah

IPOH, 4 OKT: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, selepas kejadian seorang murid yang menyertainya meninggal dunia secara mengejut, semalam.

KPM dalam satu kenyataan yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid tersebut memaklumkan bahawa keputusan membatalkan kejohanan sehingga esok dan menjadualkannya semula adalah bagi menghormati pemergian murid tersebut.

“Allahyarham yang rebah ketika perlawanan, telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Seluruh warga KPM mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619