Masjid, surau bawah Jakim, Jawi diarah anjur solat hajat dan qunut nazilah

2 Okt 2025, 5:21 AM
Masjid, surau bawah Jakim, Jawi diarah anjur solat hajat dan qunut nazilah

PUTRAJAYA, 2 OKT: Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bermula malam ini dan esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan berkata ia susulan tindakan Israel memintas kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Beliau solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah akan dilaksanakan selepas solat maghrib malam ini serta esok selepas solat Jumaat dan selain itu khutbah Jumaat khas mengenai isu Palestin juga akan disampaikan di semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

"Saya mengesyorkan kepada semua masjid dan surau Jumaat di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam negeri-negeri turut mengambil langkah yang sama.

"Ayuh kita semua mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla khususnya untuk rakyat Malaysia yang terlibat selain mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin," katanya.

GSF yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza dilaporkan dipintas dan dihalang oleh Israel di perairan antarabangsa.

Setakat 7.50 pagi waktu Malaysia, sebanyak 12 rakyat Malaysia ditahan dan lima lagi dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619