BUDI95: Ringankan beban nelayan, pemangkin semangat tingkat hasil tangkapan

30 Sep 2025, 7:51 AM
BUDI95: Ringankan beban nelayan, pemangkin semangat tingkat hasil tangkapan
BUDI95: Ringankan beban nelayan, pemangkin semangat tingkat hasil tangkapan
BUDI95: Ringankan beban nelayan, pemangkin semangat tingkat hasil tangkapan
BUDI95: Ringankan beban nelayan, pemangkin semangat tingkat hasil tangkapan

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) diyakini mampu meringankan beban kos sara hidup yang semakin mencabar, sekali gus memberikan kelegaan kepada nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan sebagai sumber rezeki.

Pengerusi Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Abdul Hamid Bahari berkata pelaksanaan BUDI95 merupakan langkah proaktif yang mencerminkan komitmen dan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI dalam menjamin kebajikan serta kelangsungan hidup kira-kira 85,000 ahli Persatuan Nelayan di seluruh negara.

“NEKMAT yakin usaha ini akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada para nelayan untuk meningkatkan hasil tangkapan, seterusnya menyumbang kepada usaha kerajaan memperkukuh keterjaminan bekalan makanan negara demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” menurut NEKMAT dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata NEKMAT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas pelaksanaan BUDI95 yang menawarkan harga petrol pada kadar RM1.99 seliter dengan had kelayakan 300 liter sebulan.

BUDI95 mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 27 Sept dengan 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia menjadi kumpulan pertama menikmati inisiatif itu sebelum diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori B40 pada 28 Sept.

Sebanyak 16 juta rakyat Malaysia yang layak pula menikmati manfaat inisiatif BUDI95 bermula hari ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619