Bas ekspres bawa 15 penumpang terbalik di Kuala Krai, dua mangsa tersepit

26 Sep 2025, 12:42 AM
Bas ekspres bawa 15 penumpang terbalik di Kuala Krai, dua mangsa tersepit

KOTA BHARU, 26 SEPT: Sebuah bas ekspres yang membawa 15 penumpang termasuk pemandu terbalik dalam kejadian di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai–Kota Bharu, awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata panggilan kecemasan diterima melalui sistem MERS pada 5.30 pagi daripada orang awam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian dan BBP Kuala Krai segera digerakkan ke lokasi dan tiba pada 5.54 pagi.

"Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah bas Naza Ekspres dengan jumlah keseluruhan mangsa 15 orang termasuk pemandu. Dua mangsa dilaporkan tersepit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi menyelamat masih diteruskan dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619