Arif Aiman cipta sejarah, tercalon pemain terbaik AFC

25 Sep 2025, 2:30 PM
Arif Aiman cipta sejarah, tercalon pemain terbaik AFC

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi antara tiga calon utama bagi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekali gus menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama dicalonkan bagi anugerah itu.

AFC dalam kenyataan memaklumkan pemain sayap kebangsaan itu bersaing hebat dengan dua nama besar di benua ini iaitu pemenang Kasut Emas pada kempen Piala Asia 2023, Akram Afif dari Qatar dan penyerang Al-Hilal, Salem Al-Dawsari dari Arab Saudi.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini menjadi watak penting dalam kempen kemenangan treble JDT dengan membantu pasukan itu menjulang Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Lima gol dihasilkan Arif Aiman pada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) turut membantu JDT mara ke pusingan 16 terbaik kejohanan itu.

Pemenang dijangka diumumkan pada Anugerah Tahunan AFC 2025 yang akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada 16 Oktober ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619