Pekerja swasta didakwa bunuh wanita, peniaga telefon bimbit

24 Sep 2025, 6:28 AM
Pekerja swasta didakwa bunuh wanita, peniaga telefon bimbit

GURUN, 24 SEPT: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita dan seorang peniaga telefon bimbit pada 11 September lalu.

Syed Al Iqbal Syed Shahruddin, 30, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Ku Asraf Ku Shaif @ Ku Shuib, 30, di hadapan sebuah rumah di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan antara 9 hingga 10 malam pada 11 September lalu.

Pekerja swasta itu juga didakwa membunuh Nurul Nur Syamira Khamis, 28, di kawasan perumahan sama pada tarikh dan masa sama.

Syed Al Iqbal berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nurhazirah Tuan Yahya manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim, Diyana Ibrahim dan Shameer Haziq Shaharuddin.

Anis Suraya menetapkan 21 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619