BUDI95 ringan kos hidup, rakyat jimat hingga RM200 sebulan

24 Sep 2025, 2:22 AM
BUDI95 ringan kos hidup, rakyat jimat hingga RM200 sebulan

KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada rakyat Malaysia yang layak akan memberikan penjimatan sehingga kira-kira RM200 sebulan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk terus membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat seperti yang diaspirasikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perdana Menteri memang beri fokus kos sara hidup rakyat melalui BUDI95 ini. Turunkan harga seperti dijanjikan kepada RM1.99 dengan harapan dapat bantu rakyat tangani kos sara hidup.

Tinjauan Media Selangor berkenaan isu subsidi bersasar RON95 dan semakan MyKad di sekitar Shah Alam pada 21 September 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Dalam sebulan dua ini sebenarnya harga semasa RON95 adalah antara RM2.60 ke RM2.75, jadi bila kita membeli di stesen minyak sebenarnya kerajaan dah beri subsidi agak besar. Kalau kita tengok dekat pam minyak harga RM2.60 penjimatan kepada rakyat hampir RM183.00 sebulan. Kalau harga RM2.75 jimat RM228.00 sebulan,” katanya pada taklimat media mengenai BUDI95 hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter bermula 30 Sept ini untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan.

Menerusi BUDI95 juga, Amir Hamzah berkata ia memberikan penjimatan kerajaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion bergantung kepada turun naik harga minyak dunia.

“Kami tidak dapat menjangkakan secara tepat jumlah penjimatan kerajaan kerana ia bergantung sama ada harga minyak kekal atau naik,” katanya.

Semua warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah layak mendapat subsidi RON95 melibatkan lebih 16 juta orang.

Kelayakan boleh disemak mulai Khamis ini secara dalam talian menerusi portal rasmi www.budimadani.gov.my di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619