MB di China: Hab IC, industri auto jadi fokus hari kedua lawatan

23 Sep 2025, 1:16 AM
MB di China: Hab IC, industri auto jadi fokus hari kedua lawatan
MB di China: Hab IC, industri auto jadi fokus hari kedua lawatan
MB di China: Hab IC, industri auto jadi fokus hari kedua lawatan

SHAH ALAM, 23 SEPT: Hari kedua lawatan kerja rasmi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Amirudin Shari di Shanghai diteruskan dengan dua mesyuarat utama.

Beliau dijadual bertemu China Fortune-Tech Capital Co. Ltd bagi membincangkan potensi kerjasama dalam Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) Selangor.

Selangor telah melancarkan taman reka bentuk IC pertama di Puchong pada 2024 dan bakal melancarkan taman kedua di Cyberjaya pada November ini. Tahun lalu, Selangor menandatangani memorandum persefahaman dengan empat syarikat utama termasuk ARM Ltd dari United Kingdom dan Shenzhen Semiconductor Industry Association dari China bagi memperkasa hab semikonduktor negara.

Kerjasama strategik itu turut melibatkan Phison Malaysia dan SkyeChip untuk membangunkan Hab Selangor di Puchong, pusat khusus bagi reka bentuk IC dan pemacu semikonduktor. Hab tersebut akan dikendalikan Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) bermula Jun tahun hadapan, dengan jangkaan pulangan ekonomi sehingga RM1 bilion. Ia juga dijangka membuka banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan tawaran gaji sehingga RM7,000 sebulan, sekali gus memberi impak besar kepada pembangunan bakat tempatan.

Delegasi turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Cherry Automobile Co. Ltd. Syarikat itu ialah rakan strategik pelaburan penting di Selangor apabila Cherry Corporate Malaysia Sdn Bhd dan Legenda Beringin Holoding dan Bhd menandatangani MoU bagi membangunkan Cherry Smart Auto Industrial Park di Beringin High Tech Auto (Beringin Auto) Valley dengan nilai pelaburan mencecah RM2 bilion dalam tempoh lima tahun.

Delegasi kemudian akan bertolak ke Anhui bagi meneruskan jadual lawatan kerja esok.

Amirudin berada di China bagi misi perdagangan dan pelaburan untuk meneroka potensi pelaburan dan kerjasama sehingga 30 September ini. Delegasi turut disertai EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han; Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop; Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Haji Idris; dan Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619