Thailand gagalkan cubaan seludup 450,000 pil Yaba ke Malaysia

20 Sep 2025, 6:54 AM
Thailand gagalkan cubaan seludup 450,000 pil Yaba ke Malaysia

KOTA BHARU, 20 SEPT: Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan menyeludup 450,000 biji pil yaba bernilai 13.5 juta baht (RM1.8 juta) ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier, semalam.

Pengerusi Pusat Pentadbiran Narkotik Sungai Golok Supeeyan Daemokleng berkata rampasan itu dilakukan hasil maklumat risikan mengenai penghantaran dadah melalui sebuah syarikat kurier ke bandar sempadan itu.

Beliau berkata pihaknya melakukan risikan sejak awal pagi untuk mengesan individu yang dijangka mengambil bungkusan berisi dadah itu.

"Bagaimanapun, tiada sesiapa hadir dan semua dadah telah dirampas serta dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Supeeyan berkata dadah itu dipercayai akan diseludup masuk ke Malaysia melalui laluan haram Sungai Golok dan setiap pil dijual pada harga pasaran kira-kira 30 baht sebiji.

Rampasan dilakukan kira-kira pukul 2 petang (3 petang waktu Malaysia) di bawah arahan Gabenor Wilayah Narathiwat Lt Muda Trakul Thodham.

Beliau berkata pihaknya komited memperketat kawalan bagi menghalang kemasukan dadah ke Malaysia, yang sering menjadi sasaran sindiket penyeludupan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619