Maritim Malaysia tahan dua vesel dikendali warga Thailand di perairan Pulau Pinang

19 Sep 2025, 2:51 PM
Maritim Malaysia tahan dua vesel dikendali warga Thailand di perairan Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 19 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua vesel nelayan tempatan kelas C dikendalikan warga Thailand dalam Operasi Bersepadu selama dua hari berakhir petang semalam di sekitar perairan negeri berkenaan.

Pengarah Maritim Pulau Pinang Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata operasi dijalankan bersama Jabatan Perikanan negeri, diketuai Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain melibatkan dua fasa laut dan darat.

“Kedua-dua vesel berkenaan ditahan ketika operasi di laut dan pemeriksaan mendapati ia dikemudi warga Thailand berusia antara 40 hingga 56 tahun.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan hampir tiga tan ikan di dalam kapal itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamamd Suffi berkata dalam operasi darat pula pihaknya merampas 23 unit bubu naga di sekitar jeti nelayan Kuala Muda, Penaga dan Batu Kawan.

Beliau berkata kesemua tangkapan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619