Halal bukan sekadar label, ia simbol kepercayaan - PM

19 Sep 2025, 8:04 AM
Halal bukan sekadar label, ia simbol kepercayaan - PM

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Industri halal kini telah berkembang melangkaui sektor makanan dan minuman merangkumi ekosistem yang lebih menyeluruh seperti penjagaan kesihatan, farmaseutikal, kosmetik, pelancongan dan kewangan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata sektor halal mencerminkan komitmen yang lebih luas terhadap integriti, etika dan nilai berasaskan kepercayaan sekali gus menjadikan Halal sebagai simbol kepercayaan antarabangsa serta penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Halal bukan sekadar satu label. Ia adalah contoh amalan terbaik tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan dakwah, menyampaikan mesej melalui tindakan, akhlak serta keyakinan kita terhadap integriti dan akauntabiliti,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619