Bekas juruteknik bakar rumah, cedera bapa direman tujuh hari

19 Sep 2025, 5:01 AM
Bekas juruteknik bakar rumah, cedera bapa direman tujuh hari

MUAR, 19 SEPT: Seorang bekas juruteknik direman tujuh hari setelah disyaki membakar rumah dan kenderaan milik ahli keluarga selain mencederakan bapanya sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek berusia 32 tahun itu yang disyaki mengalami masalah mental selain positif dadah direman hingga Rabu depan bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Proses reman dilakukan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini kerana suspek masih menerima rawatan apabila turut mengalami kecederaan selain perlu dipantau oleh pihak hospital berkaitan masalah mental.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata insiden yang berlaku pada 9.43 pagi Rabu di Kampung Tengah, Jalan Bakri menyaksikan suspek memukul dan melibas bapanya yang berusia 70 tahun dengan rotan serta pisau.

Beliau berkata suspek didapati positif dadah jenis metamfetamina dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Dalam kejadian itu, kebakaran yang berlaku turut mendatangkan kemusnahan terhadap sebuah motosikal dan kereta dengan anggaran kerugian mencecah RM150,000,” katanya ketika dihubungi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619