Penyertaan bayi paling ramai, program cukur jambul diiktiraf MBOR

16 Sep 2025, 5:09 AM
Penyertaan bayi paling ramai, program cukur jambul diiktiraf MBOR
Penyertaan bayi paling ramai, program cukur jambul diiktiraf MBOR
Penyertaan bayi paling ramai, program cukur jambul diiktiraf MBOR
Penyertaan bayi paling ramai, program cukur jambul diiktiraf MBOR
Penyertaan bayi paling ramai, program cukur jambul diiktiraf MBOR
Penyertaan bayi paling ramai, program cukur jambul diiktiraf MBOR

SABAK BERNAM, 16 SEPT: Selangor menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan bayi teramai dalam Program Puputan (cukur jambul) Perdana hari ini.

Program dinamakan Puputan Perdana dan Dendang Fatimah itu disertai 100 bayi sempena Karnival Wanita Desa Kampung Tradisi Rumpun Selangor 2025 di Dataran Tanah Lesen Sungai Air Tawar di sini.

Sijil pengiktirafan diserahkan wakil MBOR kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar Datin Sofiah Shari. Turut hadir EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail.

Pada program itu, turut diadakan acara mencanting Batik Terpanjang Selangor berukuran 40 meter yang bercorak bunga tanjung pecah sembilan yang merupakan bunga rasmi negeri ini.

Sementara itu, Rizam berkata disamping memperkukuh semangat perpaduan, pengiktirafan yang diterima menjadi suntikan semangat kepada komuniti desa untuk terus menganjurkan aktiviti seumpamanya.

“Program cukur jambul contohnya, dapat menunjukkan semangat perpaduan yang kuat di kawasan desa dan tradisi yang masih terpelihara dan perlu kita kekalkan.

“Batik terpanjang Selangor itu, selepas siap insya-Allah kita akan boleh pamerkan. Mungkin boleh diserahkan ke muzium negeri Selangor untuk ditunjukkan kepada orang ramai hasil kerja sempena Hari Malaysia pada tahun ini,” katanya ketika ditemui.

Karnival berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan memancing di tali air, pertandingan memasak dan acara gubahan.

Sementara itu, peserta program cukur jambul Nor Fauziah Ariffin 39, bersyukur dapat mendaftarkan anak ketiganya Nur Faqihah Afiqah Mohd Faizz yang berusia lapan bulan dalam program berkenaan.

“Sebelum ini untuk anak pertama dan kedua memang ada buat sendiri. Tapi yang ketiga ini belum sempat. Syukur dapat sama-sama turut serta selain boleh berjimat juga,” katanya.

Bagi Shafiqa Mohd Salleh, 38, yang menyertai program berkenaan bersama anaknya Tuah Wafiy Ridzwan berusia lapan bulan, program berkenaan wajar dijadikan acara tahunan untuk terus mengekalkan tradisi supaya tidak hilang ditelan zaman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619