Pemimpin parti politik ditahan berhubung insiden kekecohan di Kampung Sungai Baru

15 Sep 2025, 6:46 AM
Pemimpin parti politik ditahan berhubung insiden kekecohan di Kampung Sungai Baru

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Seorang pemimpin sebuah parti politik dari Selangor ditahan awal pagi tadi berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata penahanan lelaki berkenaan adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan.

“Ya, saya sahkan penahanan seorang individu bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Sabtu lepas, tujuh suspek lelaki berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun telah ditahan berhubung insiden itu dan siasatan mendapati mereka bukanlah penduduk kampung berkenaan.

Siasatan juga mendapati mereka adalah ketua dan ahli sebuah pertubuhan namun belum dapat didedahkan jika mereka mempunyai agenda atau kepentingan lain berhubung insiden itu.

Insiden itu turut menyebabkan Sulizmie Affendy mengalami kecederaan di kepala.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619