Najwan mangsa terbaharu video lucah AI sasar ahli politik

14 Sep 2025, 5:05 AM
Najwan mangsa terbaharu video lucah AI sasar ahli politik

SHAH ALAM, 14 SEPT: EXCO Belia, Sukan dan Kemajuan Generasi Muda, Mohd Najwan Halimi menjadi antara ahli politik terbaharu yang menjadi mangsa video lucah palsu disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Najwan berkata, beliau menerima emel berbaur ugutan dua hari lalu daripada akaun tidak dikenali yang memaparkan tangkap layar video dengan wajahnya, selain menuntut bayaran USD100,000 bagi mengelakkan penyebaran video berkenaan.

“Ugutan seumpama ini satu perbuatan jenayah serius yang bertujuan mengancam keselamatan dan menjatuhkan maruah saya. Saya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta akan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Media Selangor.

Beliau percaya ugutan itu menggunakan modus operandi sama seperti yang menimpa Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen serta Ahli Parlimen Sungai Petani Mohammed Taufiq Johari sejak dua minggu lalu.

Najwan turut menyeru masyarakat supaya berwaspada dengan sebarang bentuk penipuan atau ugutan melalui internet kerana penyebaran kandungan palsu dan fitnah bukan sahaja mencemarkan maruah individu bahkan mengancam keharmonian masyarakat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619