Wakaf Selangor salur RM69,000 naik taraf infrastruktur dua sekolah

13 Sep 2025, 2:15 PM
Wakaf Selangor salur RM69,000 naik taraf infrastruktur dua sekolah
Wakaf Selangor salur RM69,000 naik taraf infrastruktur dua sekolah

SHAH ALAM, 13 SEPT: Perbadanan Wakaf Selangor menyalurkan RM69,000 wakaf fisabilillah kepada dua institusi pendidikan bagi tujuan naik taraf infrastruktur.

Agensi itu memaklumkan dua institusi tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Medan, Kuala Langat dan SK Bukit Badong, Kuala Selangor.

Menurut kenyataan di Facebook, SK Kampung Medan menerima RM50,000 untuk tujuan pembinaan dataran berbumbung sementara RM19,000 kepada SK Bukit Badong bagi kerja naik taraf elektrikal, penggantian siling dan bumbung surau.

Agensi tersebut turut memberi penerangan wakaf dan kebaikan berwakaf dalam menyebarkan lagi kefahaman dan kesedaran kepada warga pendidik.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor Anuar Hamzah Tohar menyampaikan sumbangan wakaf itu kepada Guru Besar SK Kampung Medan Nor Suhaida Saufi manakala di SK Bukit Badong sumbangan disampaikan Pengurus Bahagian Hartanah Norhalisa Mujer.

Baru-baru ini, Perbadanan Wakaf Selangor menyasarkan kutipan wakaf tunai RM14 juta pada tahun ini.

Anuar Hamzah memaklumkan pihaknya optimis peningkatan sehingga enam peratus itu dapat dicapai berdasarkan prestasi kutipan tahun lalu yang berjumlah RM13 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619