Hujan lebat tujuh daerah Selangor hingga 3 petang, paras air sungai tiga stesen lepasi tahap amaran

12 Sep 2025, 5:19 AM
Hujan lebat tujuh daerah Selangor hingga 3 petang, paras air sungai tiga stesen lepasi tahap amaran

SHAH ALAM, 12 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 3 petang ini.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan seluruh Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menerusi laman sesawang memaklumkan paras air di stesen Rimba KDR (Sabak Bernam) melepasi paras amaran dengan bacaan 1.87 meter(m) berbanding paras normal 1.7m setakat jam 1 tengah hari.

Paras air di stesen Bukit Changgang (Kuala Langat) juga melepasi paras amarana dengan bacaan 3.57 berbanding paras normal 3.3m setakat 12.45 tengah hari.

Stesen Jambatan S.K.C (Hulu Selangor) pula merekodkan bacaan 18.41m berbanding paras normal 18.1m.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619