Israel serang Qatar: Industri minyak Malaysia tidak terjejas

11 Sep 2025, 8:59 AM
Israel serang Qatar: Industri minyak Malaysia tidak terjejas

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Serangan Israel ke atas Qatar tidak memberi impak langsung kepada Malaysia, terutamanya industri minyak dan perdagangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata konflik yang sedang berlaku di Gaza tidak menjejaskan aliran perdagangan atau aktiviti perindustrian tetapi situasi semasa terus dipantau.

“Jika keadaan ini tidak berlanjutan, ia tidak menjadi masalah. Bagaimanapun, buat masa ini, tiada impak termasuk terhadap industri,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran MyAERO Summit 2026 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara (NAICO) Malaysia di sini hari ini.

Mengenai sektor aeroangkasa, beliau berkata insiden terkini di Timur Tengah, termasuk serangan udara oleh Israel, tidak memberi impak terhadap industri aeroangkasa Malaysia.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata pengiktirafan Kesatuan Eropah (EU) terhadap pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan memudah cara kemajuan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-EU.

Beliau berkata pusingan kedua rundingan FTA dengan EU dijadualkan pada November.

“Kami percaya FTA ini akan membantu mengurangkan kesukaran dan cabaran dalam perdagangan dan pelaburan antara EU dan Malaysia,” katanya.

Pusingan pertama rundingan FTA telah diadakan di Brussels, Belgium dari 30 Jun hingga 4 Julai 2025, melibatkan 21 bab yang sedang dalam rundingan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619