Mudir sekolah pondok dituduh lakukan amang seksual, miliki gambar lucah

11 Sep 2025, 5:10 AM
Mudir sekolah pondok dituduh lakukan amang seksual, miliki gambar lucah

PASIR MAS, 11 SEPT: Seorang mudir atau guru besar sekolah pondok didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki serta memiliki gambar lucah.

Muhammad Aswadi Yah, 46, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki yang kini berusia 16 tahun, di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Tumpat, antara 7 hingga 7.30 pagi sejak Jun 2024 hingga Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketujuh, dia didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya pada 29 Ogos lalu, kira-kira 4 petang, di lokasi sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM45,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan syarat tambahan supaya tidak mengganggu saksi dan melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 Nov ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619