ad

Modul PTRS tembusi negeri lain, manfaat pelajar luar Selangor

10 Sep 2025, 10:00 AM
Modul PTRS tembusi negeri lain, manfaat pelajar luar Selangor
Modul PTRS tembusi negeri lain, manfaat pelajar luar Selangor
Modul PTRS tembusi negeri lain, manfaat pelajar luar Selangor

AMPANG JAYA, 10 SEPT: Modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) kini tidak hanya memanfaatkan pelajar negeri ini tetapi mula digunakan di sekolah luar Selangor.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata program tuisyen secara percuma itu telah digunakan di Pahang dan terbaharu di Kelantan.

“Penggunaan PTRS kini semakin meluas dan turut memanfaat pelajar luar Selangor. Dua minggu lalu, kita ke Kelantan untuk beri taklimat dan mereka setuju menggunakan modul PTRS untuk bantu pelajar.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada Media Selangor selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tasik Tambahan, Ampang Jaya pada 10 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Modul ini akan mula digunakan di 20 buah sekolah melibat dua pejabat pendidikan daerah iaitu di Kota Bharu dan Tumpat.

“Di Pahang pula, modul PTRS digunakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Bukan itu sahaja, program didik kasih untuk program literasi murid kelas pemulihan juga digunakan di Kedah,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan sumbangan wang tunai kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tasek Tambahan di sini, hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Teratai Yew Jia Haur (dua, kanan) dan Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) Ahmad Azri Zainal Nor (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam majlis serahan sumbangan kerusi roda di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Teratai, Ampang Jaya pada 10 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM11 juta bagi melaksanakan PTRS 2025 yang memberi manfaat kepada lebih 160,000 pelajar.

PRTS memfokuskan bantuan kelas tambahan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan bagi pelajar tingkatan empat dan lima dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) atau prestasi pelajarannya sederhana atau lemah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.