Protes sekatan media sosial: Rakyat Malaysia di Nepal diminta waspada

9 Sep 2025, 12:35 PM
Protes sekatan media sosial: Rakyat Malaysia di Nepal diminta waspada

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke Nepal dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan protes besar-besaran yang tercetus pada Isnin.

Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa turut menggesa rakyat Malaysia supaya mematuhi panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi.

Kementerian itu mengesahkan setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas atau terlibat dalam protes berkenaan.

Keganasan meningkat di Kathmandu susulan protes besar-besaran membantah larangan media sosial oleh kerajaan, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terkorban.

“Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Nepal dan sedang memantau keadaan secara aktif,” menurut Kementerian Luar.

Mereka yang belum mendaftarkan kehadiran di negara itu digalakkan berbuat demikian melalui E-Konsular (https://ekonsular.kln.gov.my) bagi memastikan bantuan dan komunikasi dapat diberikan dengan segera, tambah Wisma Putra.

Bagi bantuan konsular, orang ramai boleh mengunjungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu di alamat Bakhundole-3, Lalitpur, Nepal atau melalui telefon +977-1-5445680 atau e-mel mwkathmandu@kln.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619