Lelaki warga asing maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel

9 Sep 2025, 2:56 AM
Lelaki warga asing maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel

ALOR GAJAH, 9 SEPT: Lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di kawasan Litar Go-Kart, Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Azrul Mohamed berkata siasatan awal mendapati pintu pagar rumah kuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terbuka selain terdapat kabel yang dipotong dalam kejadian 2.14 petang itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 29 tahun, warga Myanmar dan pemegang kad UNHCR, ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang bersebelahan rumah kuasa berkenaan.

”Mangsa disyaki terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azrul berkata pemeriksaan lanjut pihak polis juga mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh badan mangsa dan lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan yang hadir ke lokasi.

Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619