Microsoft: Gangguan kabel di dasar Laut Merah jejas rangkaian

7 Sep 2025, 3:34 AM
Microsoft: Gangguan kabel di dasar Laut Merah jejas rangkaian

WASHINGTON, 7 SEPT: Microsoft pada Sabtu mengumumkan bahawa sebahagian pengguna Azure mungkin mengalami kependaman lebih tinggi susulan beberapa kabel fiber optik dasar laut terputus di Laut Merah, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Microsoft berkata pengguna Azure mungkin berdepan gangguan lebih ketara apabila trafik dari Timur Tengah berpunca atau berakhir di Asia atau Eropah, menurut kemas kini status kesihatan perkhidmatan syarikat itu.

Beberapa kabel fiber optik dasar laut di Laut Merah mengalami kerosakan serentak pada 6 Sept, sekali gus menjejaskan trafik Internet dan komunikasi global. Walaupun kesambungan masih tersedia, pengalihan semula laluan telah menyebabkan kependaman meningkat dan kesesakan di beberapa laluan utama.

“Gangguan kabel fiber dasar laut mengambil masa untuk diperbaiki; justeru, kami akan sentiasa memantau, mengimbangi semula dan mengoptimumkan penghalaan bagi mengurangkan kesan kepada pelanggan buat sementara waktu. Kami akan terus menyediakan kemas kini harian, atau lebih awal jika keadaan berubah,” menurut Microsoft.

- BERNAMA-WAM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619