ad

Kejohanan Wushu Dunia: Jia Rong sumbang emas keempat Malaysia

7 Sep 2025, 1:08 AM
Kejohanan Wushu Dunia: Jia Rong sumbang emas keempat Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Atlet wushu negara Lee Jia Rong, menampilkan aksi cemerlang apabila meraih emas keempat pada hari keempat Kejohanan Dunia ke-17 yang berlangsung di Brasilia, Brazil pada Sabtu.

Jia Rong yang turun beraksi dalam acara Daoshu, berjaya meraih 9.726 mata untuk emas pertamanya di Kejohanan Dunia.

Meskipun berkongsi mata yang sama dengan atlet Hong Kong Michelle Yeun, Jia Rong berada di kedudukan pertama selepas menampilkan darjah kesukaran yang lebih tinggi berbanding lawannya.

Gangsa acara itu dimenangi atlet Jepun Kana Ikeuchi yang meraih 9.723 mata.

Untuk rekod ini merupakan pingat kedua Jia Rong di kejohanan itu selepas meraih gangsa dalam acara gunshu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.