Anggota polis cedera dipukul ketika leraikan pergaduhan di Hospital Sungai Buloh

6 Sep 2025, 2:05 PM
Anggota polis cedera dipukul ketika leraikan pergaduhan di Hospital Sungai Buloh

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Seorang anggota polis cedera di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan di Hospital Sungai Buloh dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.10 pagi yang memaklumkan terdapat pergaduhan di wad kecemasan dan menggerakkan pasukan peronda ke lokasi kejadian.

Beliau berkata anggota yang bertugas di pondok polis hospital itu telah bergerak awal untuk mengawal keadaan sebelum pasukan peronda tiba.

"Sebaik pasukan peronda tiba, didapati anggota berkenaan telah dipukul oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an… berdasarkan maklumat awal, anggota berkenaan cuba meleraikan pergaduhan antara sekumpulan lelaki dan wanita... bagaimanapun, suspek telah bertindak agresif dan menyerang anggota berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan di muka," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hafiz berkata cubaan polis untuk menahan suspek juga telah dihalang dan diganggu sehingga berlaku sedikit pergelutan namun lelaki itu berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

Beliau berkata suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619