Selangor arah turun semua iklan vape sebelum hujung tahun

6 Sep 2025, 1:26 PM
Selangor arah turun semua iklan vape sebelum hujung tahun

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Kerajaan Selangor mengarahkan semua pengusaha menurunkan papan tanda iklan dan promosi berkaitan produk rokok elektronik atau vape sebelum hujung tahun ini.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) turut diarahkan mengeluarkan notis kepada peniaga untuk menurunkan iklan secara sukarela.

“Setakat ini kita sudah arahkan PBT memantau perkara ini. Jika sehingga hujung tahun pengusaha masih berdegil, tindakan lebih tegas akan dikenakan. Dalam masa terdekat kita juga akan berbincang dengan semua PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar memaklumkan cadangan melarang penjualan produk vape dan rokok elektronik akan dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, langkah itu diambil susulan kebimbangan kesihatan yang semakin serius, termasuk laporan pelajar menghisap vape berhampiran kawasan sekolah.

Setakat ini, Terengganu dan Johor antara negeri yang telah melaksanakan larangan penjualan lebih awal, dengan Johor menguatkuasakannya sejak 2016 manakala Terengganu bermula 1 Ogos lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619