Pavilion Selangor tawar pakej eksklusif, tarikan baharu di MATTA Fair 2025

6 Sep 2025, 9:48 AM
Pavilion Selangor tawar pakej eksklusif, tarikan baharu di MATTA Fair 2025
Pavilion Selangor tawar pakej eksklusif, tarikan baharu di MATTA Fair 2025
Pavilion Selangor tawar pakej eksklusif, tarikan baharu di MATTA Fair 2025
Pavilion Selangor tawar pakej eksklusif, tarikan baharu di MATTA Fair 2025

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Pavilion Selangor di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2025 menampilkan sebanyak 88 reruai dengan pelbagai tawaran menarik sepanjang tiga hari penganjuran sehingga esok di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata pavilion itu bukan sekadar ruang pameran tetapi juga platform strategik merancakkan ekonomi komuniti dan mempromosi identiti negeri.

“Pengunjung dialu-alukan singgah di Pavilion Selangor bagi menikmati tawaran eksklusif, pakej pelancongan istimewa serta pengalaman baharu dari Selangor,” katanya ketika ditemui.

Exco Pelancongan Dato' Ng Suee Lim (tengah) ketika melancarkan setem keluaran khas tahun melawat Selangor sempena Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (Mitec), Kuala Lumpur pada 6 September 2025. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling (tiga, kanan). Foto AHMAD ZAKKI JILN/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, Selangor merekodkan 4.14 juta pelancong setakat Jun lalu, iaitu 51 peratus daripada sasaran lapan juta sehingga hujung tahun ini.

“Selain MATTA Fair, kita giat mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) di beberapa negara luar, sekali gus memastikan negeri sentiasa ke hadapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Antara tarikan pavilion kali ini ialah agro dan edutainment seperti Farm Fresh@UPM bersama enam jenama terkenal termasuk Inside Scoop dan BurgerMan, selain Chocolate Museum serta Selangor Fruit Valley.

Turut dilancarkan koleksi eksklusif TMS2025 oleh Tourism Selangor, iaitu setem khas dengan kerjasama Pos Malaysia dan koleksi seramik istimewa bersama Bangkita Ceramic Studio.

Kakitangan Tourism Selangor Nurul Wahida Hasmadi menunjukkan stem keluaran khas tahun melawat Selangor sempena Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (Mitec), Kuala Lumpur pada 6 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619