TPM Fadillah gesa semua pihak ambil iktibar rusuhan di Indonesia

6 Sep 2025, 6:46 AM
TPM Fadillah gesa semua pihak ambil iktibar rusuhan di Indonesia

KUCHING, 6 SEPT: Semua pihak digesa mengambil iktibar daripada demonstrasi yang berlaku di Indonesia baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata insiden itu menunjukkan betapa pentingnya kestabilan dalam memastikan keharmonian negara sentiasa terpelihara.

“Lihat apa yang berlaku di negara jiran kita, pelbagai cerita telah dimainkan (pihak tertentu) sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. Bila rakyat marah mereka protes dan demonstrasi. Protes yang aman menjadi tidak aman.

“Kestabilan dan keamanan penting untuk mengurus negara dengan baik. Bila ekonomi kita baik pelabur akan datang dan buka peluang pekerjaan. Rakyat perlu bersatu hati,” katanya semasa berucap di program Kembara Segulai Sejalai Belia Sarawak 2025 di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Malaysia dan negara anggota Asean berharap agar demonstrasi di Indonesia akan tamat segera.

Anwar berkata ketika pertemuan di Beijing, China baru-baru ini, Presiden Indonesia Prabowo Subianto memaklumkan kepada beliau bahawa situasi di republik itu kini bertambah baik.

Pada 29 Ogos lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan demonstrasi di Senayan, Jakarta Pusat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619