Mumbai terima ancaman pengebom bunuh diri mahu letup seluruh bandar

6 Sep 2025, 1:24 AM
Mumbai terima ancaman pengebom bunuh diri mahu letup seluruh bandar

NEW DELHI, 6 SEPT: Polis di ibu kota kewangan India, Mumbai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima mesej WhatsApp yang mengugut akan berlaku puluhan letupan di seluruh bandar raya itu, menurut polis pada Jumaat, lapor Xinhua.

Mesej yang diterima pada Khamis itu mendakwa pengebom bunuh diri telah ditempatkan di dalam 34 kenderaan, dan ia akan menggegarkan seluruh bandar raya.

Pengirim mesej itu turut mendakwa seramai 14 pengganas telah memasuki Mumbai dan meletakkan 400 kilogram RDX di dalam kenderaan untuk diletupkan.

Pegawai kanan polis, Anil Dashrathrao Kumbhare memberitahu media bahawa ugutan itu sedang disiasat.

Bandar raya itu kini sedang menyambut Anant Chaturdashi, perayaan Hindu selama 10 hari yang akan berakhir pada Sabtu dengan polis telah pun membuat persiapan keselamatan untuk jutaan penganut Hindu.

-- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619