ad

Jalani saringan kesihatan percuma di Sungai Besar hari ini

6 Sep 2025, 1:01 AM
Jalani saringan kesihatan percuma di Sungai Besar hari ini
Jalani saringan kesihatan percuma di Sungai Besar hari ini
Jalani saringan kesihatan percuma di Sungai Besar hari ini

SHAH ALAM, 6 SEPT: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor diadakan di Dewan Semarak Padi Homestay, Sungai Besar, hari ini.

Inisiatif Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak menyediakan ujian kesihatan antaranya jantung dan darah tinggi.

Bermula dari 9 pagi hingga 3 petang, saringan turut meliputi pemeriksaan kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi.

Lokasi program sepanjang September seperti berikut:

jamaliah jamaluddin.jpg

Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah

  • tekan butang Selangor Saring

  • isi borang soal selidik

  • pilih lokasi dan tarikh program

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.