Lima maut MPV bertembung lori

5 Sep 2025, 10:30 AM
Lima maut MPV bertembung lori

TUARAN, 5 SEPT: Lima lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Sulaman Gayang di hadapan Pusat Latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia, di sini pada 2.09 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kelima-lima mangsa berusia dalam lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun identiti semua mangsa belum dapat dipastikan dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori tidak mengalami kebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pihak bomba memaklumkan kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan yang dari arah bertentangan bertembung sebelum MPV dinaiki mangsa terbabas ke bahu jalan.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di tempat kejadian sejauh 29 kilometer pada kira-kira 2.50 petang.

--BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619