78,883 lepasan matrikulasi, STAM dan STPM ditawar ke universiti

5 Sep 2025, 6:22 AM
78,883 lepasan matrikulasi, STAM dan STPM ditawar ke universiti

PUTRAJAYA, 5 SEPT: Sebanyak 78,883 calon lepasan matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Diploma atau setaraf ditawarkan tempat melanjutkan pelajaran ke universiti awam menerusi sistem UPUOnline tahun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ialah 71.80 peratus daripada jumlah keseluruhan 109,866 permohonan diterima sistem itu.

KPT memaklumkan 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda ditawarkan dengan pemilihan pelajar dibuat berasaskan prinsip meritokrasi iaitu menyusun calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Calon tidak berjaya mendapatkan tawaran tempat pengajian boleh membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 12 tengah hari ini hingga 5 petang 14 Sept.

“KPT mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” menurut kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619