Pekerja ladang parah diserang gajah di Pos Blau

4 Sep 2025, 1:13 PM
Pekerja ladang parah diserang gajah di Pos Blau

GUA MUSANG, 4 SEPT: Seorang buruh ladang warga Nepal cedera parah akibat diserang gajah liar di Ladang Metro Blau, Pos Blau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Shukri Abdulah atau nama asalnya Muti Bahadur Bayambu, 54, dalam perjalanan pulang ke rumah, kira-kira 5.30 petang.

"Mangsa yang menaiki motosikal ketika itu menemukan kesan tapak kaki gajah sebelum bertindak mengintai haiwan berkenaan.

"Tanpa disedari, seekor gajah telah melibas mangsa menggunakan belalai dan mengheretnya lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa turut dipijak dan dibawa ke bahagian bawah bukit sebelum ditemukan pekerja ladang yang lain selepas terdengar mangsa menjerit kesakitan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi kerana mengalami beberapa kecederaan serius melibatkan bahagian kaki, dada dan leher," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619