Lebih 1,100 kereta terbiar ditunda, 276 dilupuskan MPAJ

3 Sep 2025, 2:52 PM
Lebih 1,100 kereta terbiar ditunda, 276 dilupuskan MPAJ

SHAH ALAM, 3 SEPT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melupuskan 276 kereta terbiar sepanjang tahun ini, dalam usaha mengawal lambakan kenderaan buruk di kawasan awam.

MPAJ memaklumkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berjaya menunda 1,139 kereta terbiar membabitkan 1,386 aduan yang diterima sepanjang tahun lalu dan setakat Ogos ini.

“Sebagai usaha mengawal lambakan kenderaan buruk dan terbiar di tempat awam, MPAJ melalui Jabatan Penguatkuasaan mengambil langkah penyelesaian dengan menguruskan kenderaan terbiar melalui proses pendakwaan di mahkamah.

“562 kertas siasatan (IP) telah didaftarkan dan daripada jumlah tersebut, 441 mendapat perintah lucut hak daripada mahkamah,” katanya menerusi kenyataan.

Bagi membantu orang awam melupuskan kenderaan secara sukarela, MPAJ menyarankan pemilik kenderaan membuat pembatalan hak milik kenderaan melalui inisiatif Pusat Sehenti Kereta Terbiar MPAJ.

Jelas MPAJ, pusat sehenti itu membantu orang awam menguruskan kereta terbiar selepas pembatalan hak milik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekali gus membantu mewujudkan persekitaran Ampang Jaya yang bersih dan selamat.

“Antara syarat permohonan adalah pemohon merupakan pemilik sah, kenderaan bebas hutang, tidak disenarai hitam serta bebas rekod jenayah,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Penguatkuasaan MPAJ di talian 03-42857024 dan permohonan juga boleh dibuat melalui e-mel penguatkuasa@mpaj.gov.my atau hadir terus ke Menara MPAJ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619