ad

Kelayakan Piala Asia B-23: Harimau Muda tewas kepada Lubnan

3 Sep 2025, 12:20 PM
Kelayakan Piala Asia B-23: Harimau Muda tewas kepada Lubnan

KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara bermula langkah kiri pada kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2026 selepas tewas 0-1 kepada Lubnan dalam aksi Kumpulan F di Pathum Thani, Thailand hari ini.

Dalam pertembungan di Stadium Thammasat itu, kedua-dua pasukan menampilkan aksi sengit dalam usaha memburu jaringan awal namun tiada sebarang gol terhasil pada babak pertama.

Selepas aksi separuh masa kedua bersambung, kedua-dua pasukan terus buntu mencipta gol dan ketika kedudukan seakan berakhir dengan keputusan seri, pemain tengah Lubnan Ali El Fadl berjaya mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-84.

Harimau Muda akan beraksi menentang Mongolia (6 Sept) sebelum bertemu Thailand pada aksi terakhir (9 Sept), dengan semua perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Thammasat.

Hanya 11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir di Arab Saudi pada Januari depan.

Malaysia sebelum ini layak ke Piala Asia B-23 edisi 2022 (Uzbekistan) dan 2024 (Qatar), dengan pencapaian terbaik ialah mara ke suku akhir pada edisi 2018 di China.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.