Perluas promosi skim air percuma, bantu lebih ramai penduduk terima manfaat

3 Sep 2025, 10:37 AM
Perluas promosi skim air percuma, bantu lebih ramai penduduk terima manfaat

KAJANG, 3 SEPT: Program jerawayara berhubung Skim Air Darul Ehsan (SADE) akan dianjur lebih rancak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bagi membolehkan rakyat mendapat air percuma.

Ahli Dewan Negeri Balakong Ong Chun Wei berkata pihaknya juga akan mempergiatkan maklumat skim berkenaan di sosial media supaya penduduk mengetahui lebih lanjut termasuk cara permohonan.

“Kerajaan Negeri melaraskan had pendapatan isi rumah kepada RM6,000 sebulan. Saya jangka lebih ramai terima manfaat selepas ini.

ADN Balakong, Ong Chun Wei meninjau kawasan longkang pecah di Jalan Suasana, Bandar Tun Hussin Onn pada 3 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

"Kita akan buat jerayawara dan menguar-uarkan SADE ini melalui media sosial. Saya juga akan ambil kesempatan mengumumkan perkara ini ketika adanya program bersama rakyat,” katanya.

Bermula kelmarin, Selangor melaksanakan pelarasan tarif air. Bagaimanapun tiada kenaikan untuk majoriti rakyat yang menggunakan air sehingga 20 meter padu sebulan. Caj kekal 65sen bagi setiap meter padu seperti sebelum ini.

Langkah tersebut untuk menjamin kelestarian bekalan jangka panjang, selain memastikan golongan sasar menerima bantuan.

Berikutan itu Kerajaan Negeri meningkatkan had kelayakan pendapatan isi rumah skim ini daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan bermula 1 Ogos lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619