Khidmat van transit Selangor dijangka kembali hujung tahun ini

3 Sep 2025, 3:46 AM
Khidmat van transit Selangor dijangka kembali hujung tahun ini
Khidmat van transit Selangor dijangka kembali hujung tahun ini
Khidmat van transit Selangor dijangka kembali hujung tahun ini

SHAH ALAM, 3 SEPT: Kerajaan Negeri sedang meneliti fasa seterusnya perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) bawah inisiatif Mobiliti Selangor dan dijangka disambung semula hujung tahun ini.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata kurang lima syarikat menyertai Permintaan Untuk Cadangan (RFP), sebahagiannya disebabkan syarat operator perlu memiliki permit daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).

“Antara punca berlaku sedikit kelewatan adalah Rapid KL masih memperluas rangkaian DRT mereka.

“Kita bekerjasama rapat dengan Rapid KL bagi memastikan tiada pertindihan kawasan liputan apabila Mobiliti Selangor diteruskan kelak, selain memaksimum sumber terhad kedua-dua pihak,” katanya memetik laporan lapor The Star.

Beliau menambah, Kerajaan Negeri masih menilai model perniagaan terbaik bagi Mobiliti Selangor termasuk sama ada subsidi perlu diteruskan seperti fasa percubaan atau diganti dengan kaedah lain.

“Saya berharap perkhidmatan DRT di bawah Mobiliti Selangor dapat disambung semula hujung tahun ini, namun ia pasti dimasukkan dalam peruntukan Belanjawan Selangor 2026,” katanya yang turut mengakui menerima aduan dan permintaan agar perkhidmatan itu dikembalikan.

Menurut Ng, fasa percubaan memberi peluang kepada Kerajaan Negeri menjalankan projek, mengumpul data, dan menganalisis bagi menentukan kaedah terbaik memanfaatkan setiap sen perbelanjaan.

“Antara kawasan yang memberi respons baik terhadap DRT ialah lokasi berhampiran universiti dan kolej,” ujarnya.

Ng turut menyambut baik rancangan Prasarana Malaysia menambah 300 van baharu bagi memperluas liputan DRT Rapid KL di Lembah Klang dengan kenderaan tersebut dijangka tiba secara berperingkat antara Disember 2025 hingga Julai 2026.

Program perintis DRT Mobiliti Selangor berlangsung dari November 2023 hingga Julai 2024 di lapan zon seluruh negeri.

Bagaimanapun, penyedia perkhidmatan menamatkan operasi pada 14 Mac lalu manakala Trek Rides berhenti beroperasi pada 30 Jun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619