Polis tahan lelaki lepaskan tembakan ketika upacara sembahyang

2 Sep 2025, 12:28 PM
Polis tahan lelaki lepaskan tembakan ketika upacara sembahyang

SHAH ALAM, 2 SEPT: Polis menahan seorang lelaki berhubung kes melepaskan tembakan ketika upacara sembahyang di sebuah kuil di Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata suspek warga tempatan berusia 55 tahun itu ditahan di sekitar Petaling Jaya kira-kira 8 malam semalam.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.50 petang semalam selepas insiden berkenaan tular di media sosial.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar 11.30 pagi ketika penganut Hindu sedang menjalankan upacara sembahyang tahunan di kuil berkenaan, sebelum individu itu melepaskan beberapa das tembakan ke udara.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Kuala Selangor bertindak menahan suspek di Petaling Jaya bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azaharudin berkata suspek direman tiga hari sehingga 4 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Ikhwan Mohd Zuki atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat IPD Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619