16 usahawan tani disenarai pendek, buru gelaran Ikon Agro Selangor

2 Sep 2025, 7:00 AM
16 usahawan tani disenarai pendek, buru gelaran Ikon Agro Selangor
16 usahawan tani disenarai pendek, buru gelaran Ikon Agro Selangor
16 usahawan tani disenarai pendek, buru gelaran Ikon Agro Selangor
16 usahawan tani disenarai pendek, buru gelaran Ikon Agro Selangor

SHAH ALAM, 2 SEPT: Seramai 16 usahawan tani daripada 40 penyertaan disenarai pendek sebagai calon Ikon Agro Selangor 2024/2025 dan pemenang akan diumum hujung bulan ini.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata semua peserta akhir ini yang menjalankan operasi pertanian dalam negeri akan dinilai mengikut kategori iaitu pertanian, penternakan, akuakultur, industri asas tani dan agropelancongan.

“Keseluruhan kita terima 40 penyertaan sama ada secara dalam talian atau fizikal dan turut dicadangkan oleh agensi tertentu. Jumlah ini merangkumi 24 peserta tahun lalu dan 16 tahun ini.

“Pemenang akan diumum Dato’ Menteri Besar pada Festival Agro Selangor tanah yang berlangsung 25 September ini.

"Pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM10,000 meliputi RM5,000 wang tunai dan selebihnya berupa peralatan,” katanya kepada Media Selangor.

Izham menambah pemenang akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria termasuk penggunaan inovasi dan teknologi memandangkan Selangor ke arah pembangunan pertanian moden.

“Kita juga akan turun ke ladang-ladang atau kilang mereka untuk menilai secara lebih dekat. Segala data juga akan dinilai kerana kita mahu lihat aspek berdaya maju selain rekod jualan dan keuntungan diraih,” katanya.

Dianjurkan sejak 2020, program ini akan memantau perjalanan pemenang selama dua tahun bagi membolehkan perniagaan mereka terus berkembang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619